Kenangan 2010 - Ketika ini saya masih baru dalam bidang fotografi dan saya hanya bergerak secara solo tanpa rakan seperjuangan, tanpa cukup pengetahuan dan pengalaman. Sangat-sangat berterima kasih kepada semua yang terlibat (pengantin, juruandam & andaman) terhadap usaha saya dalam bidang ini.
Setiap usaha yang dilakukan pasti ada kekurangan dan kelemahan. Saya akur dan memohon maaf jika ada. Banyak tempat saya telah memberikan perkhidmatan sebagai jurugambar dan banyak juga pengalaman yang saya dapat malah seronok melakukan kerja ini. Saya menganggap mereka adalah sebahagian dari keluarga saya ketika bertugas. Ia memudahkan untuk saya bekerja dengan sepenuh hati.
Sungguhpun ketika itu gambar yang dihasilkan tidaklah seberapa tetapi Alhamdulillah mereka berpuashati, itu sudah cukup melegakan.
Dan hari ini saya imbas kembali kenangan itu dan kongsikan bersama anda untuk menaikkan semangat saya untuk berkarya dalam bidang fotografi. Selagi saya mampu lakukannya saya akan teruskan.
Sokongan anda sangat saya alukan dan menghargainya. Doakan saya.
Terima kasih.
* Kelihatan ada macam-macam ayat, nama, logo dan sebagainya pada gambar lama. Maklumlah newbie....kekekeke.. :p